MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

RINGKASAN EKSEKUTIF KYNETICS SDN. BHD.

Ringkasan Dokumen

 KTPC Construction Sdn. Bhd. (KTPC Construction) telah diperbadankan pada 24 Mac 1997 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan berjumlah RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.75 juta. KTPC Constructio ...

bacaan penuh

 KTPC Construction Sdn. Bhd. (KTPC Construction) telah diperbadankan pada 24 Mac 1997 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan berjumlah RM1 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.75 juta. KTPC Construction merupakan syarikat berhad menurut syer milikan penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Pada awal penubuhan, KTPC Construction merupakan syarikat subsidiari Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dan diambil alih sepenuhnya oleh PKNK pada 14 Ogos 2012. Pada 24 November 2015, PKNK telah meningkatkan modal dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM2 juta. Pada 23 Oktober 2016, KTPC Construction telah dikomersialkan sebagai Kynetics Land Sdn. Bhd. (KLSB).


 Berdasarkan perlembagaan syarikat, objektif penubuhan KLSB adalah sebagai pemaju perumahan, kontraktor, pembangunan hartanah, pembinaan dan penyenggaraan bangunan. Aktiviti utama KLSB adalah pemaju hartanah dan kontraktor am.

 

 Pengauditan dijalankan terhadap aktiviti pemaju hartanah dan kontraktor am bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Mac 2022.


 Penilaian terhadap tadbir urus korporat meliputi lapan aspek iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Setiausaha Syarikat, Prosedur Operasi Standard (SOP), Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Jawatankuasa Audit (JKA) dan Audit Dalam bagi tempoh tahun 2019 hingga 31 Mac 2022.


 Analisis turut dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang merangkumi analisis pendapatan, perbelanjaan, untung rugi; aset dan liabiliti; nisbah kewangan; dan aliran tunai.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

3 Ogos 2022
2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Negeri

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.70 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
186

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 224
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara