Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah membangunkan sembilan tanah perindustrian dengan keluasan keseluruhan berjumlah 3,396.31 ekar di seluruh negeri Kedah. Selain itu, PKNK juga memiliki kawasan perindustr ...
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah membangunkan sembilan tanah perindustrian dengan keluasan keseluruhan berjumlah 3,396.31 ekar di seluruh negeri Kedah. Selain itu, PKNK juga memiliki kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech Park berkeluasan 4,510 ekar yang diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. iaitu syarikat milik penuh PKNK.
Pengauditan meliputi aspek perancangan dan pengurusan projek melibatkan sembilan kawasan perindustrian yang diuruskan oleh PKNK.
Prestasi aktiviti dinilai melalui elemen pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan dua perkara, iaitu pencapaian PKNK dalam membangunkan kawasan perindustrian sehingga 31 Disember 2020 dan prestasi pendapatan bersih daripada aktiviti hartanah industri bagi tempoh tahun 2017
hingga 2020. Pencapaian keberhasilan diukur daripada segi prestasi keseluruhan jualan dan pajakan sehingga 31 Disember 2020 serta prestasi pelaburan dan pewujudan peluang pekerjaan di kawasan perindustrian PKNK.
Pengurusan aktiviti hartanah industri pula meliputi tiga perkara iaitu pengurusan tanah pajakan, pengurusan sewa dan pengurusan hasil.
Pengauditan ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
tutup