Secara keseluruhannya, RTSB tidak mencapai objektif penubuhan syarikat. Pencapaian output berdasarkan prestasi aktiviti penternakan dan penjualan ayam adalah tidak cekap kerana tidak mencapai sasaran ditetapk ...
Secara keseluruhannya, RTSB tidak mencapai objektif penubuhan syarikat. Pencapaian output berdasarkan prestasi aktiviti penternakan dan penjualan ayam adalah tidak cekap kerana tidak mencapai sasaran ditetapkan. Kelemahan dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti utama syarikat menyebabkan operasi penternakan ditutup dan syarikat telah menanggung kerugian. Selain itu, kedudukan kewangan RTSB adalah kurang stabil. Pendapatan menunjukkan trend penurunan dari tahun 2019 hingga 2021 serta mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM4.15 juta pada tahun 2021. Tunai dan kesetaraan tunai RTSB pada akhir tahun bagi ketiga-tiga tahun berbaki positif tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung obligasi syarikat. Kemampuan kewangan syarikat mempengaruhi penilaian usaha berterusan (going concern) syarikat pada masa akan datang. Bagaimanapun, tadbir urus korporat RTSB adalah memuaskan deSngan empat daripada lapan aspek tadbir urus korporat yang diaudit tidak diamalkan sepenuhnya dan satu aspek tidak diamalkan.
tutup