Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-Sistem yang Berkaitan Bagi Kuala Lumpur Flight Information Region
Ringkasan Dokumen
Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-sistem yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region atau KL ATCC Baharu dilaksanakan atas faktor seperti berikut: − Bagi memenuhi keperl ...
Projek Pusat Kawalan Trafik Udara Baharu dan Sistem-sistem yang Berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region atau KL ATCC Baharu dilaksanakan atas faktor seperti berikut: − Bagi memenuhi keperluan tiga landasan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) melalui pelaksanaan Simultaneous Independent Parallel Approaches/Departures (mendarat dan berlepas dari ketiga-tiga landasan secara serentak); − Pertambahan mendadak trafik udara di KLIA dan Subang serta penerbangan overfly telah menyebabkan kesesakan komunikasi radio dan meningkatkan beban kerja Pengawal Trafik Udara; dan − Keperluan menaik taraf sistem Communication, Navigation, Surveillance/Air Traffic Management (CNS/ATM) yang telah usang dan seiring dengan pembangunan sistem negara-negara jiran untuk menepati keperluan International Civil Aviation Organisation (ICAO) dalam Global Air Navigation Plan – 2030.
Siling peruntukan asal projek yang diluluskan dalam RMKe-11 dan RMKe-12 adalah berjumlah RM650.37 juta dan Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah meluluskan kenaikan siling projek kepada RM665.19 juta pada 17 Mei 2022. Kos kajian kemungkinan projek adalah sejumlah RM22.87 juta.
Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan pengurusan projek bagi tahun 2015 hingga 2021. Bagaimanapun, semakan terhadap rekod perancangan dibuat mulai tahun 2010.
Prestasi projek dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan projek KL ATCC Baharu manakala pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan lima keberhasilan seperti berikut: − Peningkatan kapasiti ruang udara dapat mengurangkan kelewatan pesawat dengan meminimumkan masa berlegar di ruang udara daripada 30 minit kepada tidak melebihi lima minit; − Mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida (CO2) yang menyebabkan pencemaran alam sekitar di samping dapat menjimatkan kos bahan api/kos operasi syarikat penerbangan; − Meningkatkan tahap keselamatan dengan pertambahan sektor (area & approach) dengan mengurangkan pesawat daripada 30 kepada 15 pesawat untuk satu sektor; − Keupayaan operasi Search and Rescue (SAR) dapat dipertingkatkan dengan penentuan kawasan kemalangan yang lebih tepat melalui penggunaan satelit; dan − Jumlah pergerakan pesawat keluar masuk di KLIA dapat dipertingkatkan daripada 68 kepada 108 pergerakan sejam.
Pengurusan projek pula meliputi prestasi kewangan, perancangan, perolehan Kontrak Utama dan Kontrak Independent Checker Consultant (ICC), pentadbiran kontrak, Program Kolaborasi Industri [Industrial Collaboration Program (ICP)], pembangunan sistem, perkakasan dan rangkaian, pengurusan pembinaan, penyenggaraan dan pengurusan operasi.