Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagi ...
Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. Bagi Laporan berkaitan dengan sesuatu negeri, ia hendaklah dikemukakan kepada Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk dibentang di hadapan Dewan Undangan Negeri. Bagi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Kedah, selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, ia akan dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang akan memperkenan Laporan itu untuk dibentangkan di hadapan Dewan Undangan Negeri Kedah.
tutup