MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 16 - UITM - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PROJEK PEMBINAAN TERBENGKALAI

Universiti Teknologi MARA - Kementerian Pengajian Tinggi

Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Projek Pembinaan Terbengkalai di Universiti Teknologi MARA.
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Memastikan pentadbiran projek pembinaan yang terbengkalai meliputi tuntutan Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan, tuntutan kerugian projek serta keselamatan aset diurus mengikut peraturan yang ditetapkan.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Kerugian berjumlah RM1.69 juta tidak dapat dituntut daripada kontraktor asal kerana gagal menyiapkan Projek Perpustakaan Dungun; dan

    - Sejumlah RM1.70 juta masih belum dituntut daripada kontraktor asal bagi Projek Cleanroom Shah Alam.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Memastikan denda lewat atau ganti rugi dituntut daripada kontraktor seperti yang diperuntukkan dalam kontrak; dan

    - Mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai yang cuai melaksanakan tanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan dan pekeliling kewangan yang berkuat kuasa.


tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Pengajian Tinggi

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.40 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
474

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 292
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara