Pengauditan pematuhan terhadap Pengurusan Pinjaman Kepada Syarikat Subsidiari oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Memastikan pinjaman dan kutipan balik pinjaman syarikat subsidiari mematuhi akta, peraturan kewangan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Tunggakan bayaran balik prinsipal dan caj keuntungan berjumlah RM65.86 juta tidak dikutip oleh TH; dan
- Penalti sejumlah RM161,822 tidak dikenakan atas kelewatan pembayaran balik prinsipal bagi pinjaman berjumlah RM449.65 juta.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Menguatkuasakan syarat perjanjian bagi menuntut balik tunggakan bayaran;
- Mengutip balik jumlah prinsipal dan caj keuntungan yang tertunggak yang patut diterima oleh TH sehingga 31 Ogos 2020; dan
- Memastikan usaha untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman dilakukan tepat pada masanya dan mengkaji semula mekanisma pemantauan bagi mendapatkan bayaran balik pinjaman yang telah diberikan. Ini bagi memastikan kepentingan operasi TH tidak terjejas dan syarikat subsidiari bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pinjaman yang telah diberikan dibayar balik mengikut perjanjian.