Pengauditan pematuhan terhadap Perolehan Tanah Lot 41 di Kuala Lumpur bernilai RM2.070 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menentukan sama ada Perolehan Tanah Lot 41 telah mengikut syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dan Perjanjian Jual Dan Beli.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Pembangunan tanah Lot 41 masih belum dilaksanakan dan tidak mendatangkan keuntungan kepada BNM.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Menyelesaikan dengan segera proses penukaran status tanah dan pecah sempadan antara Lot 41 dengan tanah milik Malaysian Space Agency (MYSA);
- Perjanjian sewaan di antara BNM dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi tahun 2020 hendaklah ditandatangani segera untuk memastikan hak BNM dilindungi dan syarat-syarat kontrak dapat dikuatkuasakan; dan
- Untuk masa akan datang, sebelum membuat perolehan tanah, pihak pengurusan wajar merancang dengan lebih teliti dan melaksanakan due diligence agar pelaburan yang dibuat adalah menguntungkan.