MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Projek Menaik Taraf Perkhidmatan KTMB

Ringkasan Dokumen

  • Projek Menaik Taraf Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (Projek KTMB) adalah salah satu Program Transformasi KTMB melalui stream Operation & Maintenance ...
bacaan penuh
  • Projek Menaik Taraf Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (Projek KTMB) adalah salah satu Program Transformasi KTMB melalui stream Operation & Maintenance and Governance (OM&G). Projek ini juga bertujuan untuk menambah baik operasi KTMB secara keseluruhan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat melalui beberapa projek yang dicadangkan.
  • Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Projek KTMB telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat, cekap dan lancar kepada penumpang dan kargo serta meningkatkan pendapatan KTMB.
  • Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan projek bagi tahun 2015 hingga 2020. Bagi prestasi projek, dua perkara yang dinilai merangkumi pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome). Empat perkara yang dinilai bagi pengurusan projek adalah prestasi kewangan, pengurusan kontrak, penggunaan alat ganti, serta struktur tadbir urus dan pemantauan.
  • Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Pengangkutan (MOT), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Ibu Pejabat KTMB di Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur. Pemilihan sampel terhadap Projek KTMB adalah sebanyak 18 daripada 31 projek. Sampel projek adalah berdasarkan peruntukan yang tinggi serta masalah yang dikenal pasti dalam penyiapan projek. Pemeriksaan fizikal telah dijalankan di depoh dan stesen KTMB di negeri Selangor, Johor, Perak dan Kelantan.
tutup


Tag berkaitan: Keretapi Tanah Melayu, Pemborosan

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pengangkutan Malaysia

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 22 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 1124
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara