MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Malaysia Debt Ventures Berhad

Ringkasan Dokumen

  • Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) ditubuhkan pada
    23 April 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125 ] sebagai
    Syarikat Berhad Menurut Syer.
  • Setakat 31 Disember 2021, MDV mempunyai modal ...
bacaan penuh
  • Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) ditubuhkan pada
    23 April 2002 di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125 ] sebagai
    Syarikat Berhad Menurut Syer.
  • Setakat 31 Disember 2021, MDV mempunyai modal berbayar
    berjumlah RM500 juta dengan majoriti saham dimiliki oleh Menteri
    Kewangan (Diperbadankan) [MKD]. MDV dipertanggungjawabkan
    kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MDV
    diberi mandat sebagai pembiaya kewangan kepada semua
    syarikat/projek/kontrak berasaskan teknologi.
  • Prestasi aktiviti yang dinilai ialah pencapaian output dan pencapaian
    keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan pencapaian
    petunjuk prestasi utama (KPI) korporat serta prestasi penggunaan
    dan pembayaran dana pembiayaan. Pencapaian keberhasilan pula
    dinilai berdasarkan pencapaian impak pembiayaan, pencapaian
    rancangan korporat/pelan strategik dan pembayaran dividen
    kepada pemegang saham.
  • Pengurusan aktiviti pula dinilai berdasarkan pengurusan dan
    pemantauan kemudahan pembiayaan. Pengurusan kemudahan
    pembiayaan meliputi penggredan risiko kredit dan Notice of
    Assignment (NoA) manakala pemantauan kemudahan pembiayaan
    meliputi kutipan bayaran balik pembiayaan, non-performing
    financing (NPF) dan hapus kira hutang lapuk.
  • Penilaian dijalankan terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir
    urus korporat bagi tahun 2019 hingga 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
    kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
3.10 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
200

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 01 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 281
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara