Secara keseluruhannya, perkembangan industri hiburan di negeri Johor telah membantu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan seperti yang telah digariskan dalam PPMJ 2030. Namun begitu, pengurusan lesen hiburan dan minuman ...
Secara keseluruhannya, perkembangan industri hiburan di negeri Johor telah membantu pertumbuhan ekonomi dan pelancongan seperti yang telah digariskan dalam PPMJ 2030. Namun begitu, pengurusan lesen hiburan dan minuman keras di PDBP dan PDKT tidak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Ini disebabkan PDBP dan PDKT tidak menetapkan tempoh masa kelulusan lesen hiburan dan minuman keras di dalam mana-mana peraturan. Selain itu, terdapat premis di daerah Batu Pahat dan Kota Tinggi telah beroperasi tanpa lesen hiburan dan minuman keras serta di luar zon ditetapkan. Terdapat juga lesen dikeluarkan tanpa kelulusan JKKN, premis hiburan kerap dikenakan tindakan penguatkuasaan di samping deposit tidak dikenakan bagi kelulusan lesen hiburan dan minuman keras.
tutup