MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

RINGKASAN KESELURUHAN LKAN SECARA INFOGRAFIK

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PENERANGAN INFOGRAFIK RINGKASAN KESELURUHAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) TAHUN 2021 SIRI 1
MENGENAI AKTIVITI JABATAN/AGENSI NEGERI JOHOR

1. Infografik ini menunjukkan ringkasan keseluruhan bagi buku LKAN Tahun 2021 mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri Johor. LKAN ini melaporkan dua tajuk pengauditan di bawah pengauditan prestasi mengenai aktiviti jabatan/agensi Kerajaan negeri seperti berikut:

1.1. Pengauditan Prestasi

Penemuan Audit telah dikategorikan kepada dua kategori isu, iaitu kerugian dan kelemahan pengurusan seperti berikut:

a. Pengurusan Industri Hiburan dan Minuman Keras – Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) dan Pejabat Daerah Kota Tinggi (PDKT)

- sebanyak tujuh premis hiburan telah beroperasi tanpa lesen hiburan dan enam premis tidak mempunyai lesen minuman keras (Kelemahan Pengurusan);

- terdapat satu premis beroperasi di luar zon ditetapkan (Kelemahan Pengurusan);

- PDKT telah meluluskan 12 lesen hiburan liveband pada tahun 2018 dan 2019 tanpa kelulusan di peringkat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) (Kelemahan Pengurusan);

- hasil Operasi Noda PDRM menunjukkan sebanyak 96 kesalahan berlaku di premis hiburan, 83 daripadanya melibatkan kesalahan premis hiburan di Batu Pahat dan 13 kesalahan di Kota Tinggi (Kelemahan Pengurusan);

- hasil operasi penguatkuasaan bersepadu menunjukkan denda telah dikenakan ke atas pemilik lesen bagi sebuah premis hiburan dengan jumlah keseluruhan RM19,500 (Kelemahan Pengurusan); dan

- terdapat 10 lesen panggung wayang dan tempat hiburan yang telah diluluskan oleh PDKT dari tahun 2018 hingga 2021 tidak dikenakan bayaran deposit dengan anggaran RM100,000 (Kelemahan Pengurusan).

  

b. Pembangunan Hartanah Industri oleh Perbadanan Johor (JCORP), Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Perbadanan Islam Johor PIJ)

- JCorp masih belum mempunyai pelan perancangan pembangunan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat II (Zon 5) seluas 214.51 ekar (Kelemahan Pengurusan);

- penjualan tanah seluas 250 ekar di Taman Perindustrian Pengerang masih tertangguh (Kelemahan Pengurusan);

- seluas 12.04 ekar tanah milik PIJ masih kosong (Kelemahan Pengurusan);

- penglibatan Bumiputera bagi pembangunan Taman Perindustrian Bakri Fasa 2 tidak dilaksanakan (Kelemahan Pengurusan);

- pusat Pengurusan Sisa Berjadual Johor lewat siap menyebabkan hasil pajakan tahun 2019 dan 2020 berjumlah RM425,000 tidak diterima (Kerugian); dan

- penamatan kontrak pajakan menyebabkan PIJ perlu membayar saguhati berjumlah RM1 juta (Kerugian).

2. Keseluruhan penemuan Audit yang dilaporkan berjumlah 33 iaitu 10 (Pejabat Daerah Batu Pahat dan Pejabat Daerah Kota Tinggi) dan 23 (Pembangunan Hartanah Industri oleh Perbadanan Johor, Yayasan Pelajaran Johor dan Perbadanan Islam Johor).

3. Keseluruhan syor Audit yang diberikan oleh Ketua Audit Negara ialah 13 syor iaitu enam kepada Pejabat Daerah Batu Pahat dan Pejabat Daerah Kota Tinggi, tiga kepada Perbadanan Johor, tiga kepada Yayasan Pelajaran Johor dan satu kepada Perbadanan Islam Johor.

4. Secara keseluruhannya, 10 penemuan kelemahan pengurusan dan dua penemuan berkaitan elemen kerugian kepada agensi Kerajaan negeri berjumlah  RM1.43 juta.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

3 Ogos 2022
2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Negeri

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
1.11 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
268

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 477
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara