MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 14 - MAIWP - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PERBELANJAAN MENGGUNAKAN AGIHAN WANG ZAKAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jabatan Perdana Menteri


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap perbelanjaan yang dibuat menggunakan wang zakat yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan perbelanjaan yang dibuat menggunakan agihan wang zakat mengikut garis panduan yang disediakan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa serta mengikut tujuan yang diluluskan.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    -  Agihan wang zakat bagi Asnaf Fisabilillah pada tahun 2019 berjumlah RM14.73 juta tidak digunakan bagi maksud yang sepatutnya;

    - Projek pembangunan yang telah dibuat bayaran perkhidmatan perunding sejumlah RM4.72 juta pada tahun 2013 hingga 2017 menggunakan wang zakat telah ditangguhkan sehingga tahun 2020;

    - Bayaran balik pinjaman yang diberi menggunakan wang zakat sejumlah RM1.40 juta kepada Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. tertunggak sejumlah RM1.21 juta; dan

    - Pembelian inventori pakaian seragam dan pakaian sukan tadika Islam MAIWP berjumlah RM2.39 juta pada tahun 2013 hingga 2015 melebihi keperluan.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Skim bantuan yang diberikan kepada Asnaf Fisabilillah hendaklah mengikut keutamaan dan takrifan Asnaf Fisabilillah RAHSIA 218 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Perbelanjaan Me nggunakan A gihan Wang Zakat SULIT serta diperincikan mengikut jenis perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan wang zakat. Fatwa khusus perlu ditetapkan bagi jenis perbelanjaan dan syarat projek pembangunan yang boleh dibuat menggunakan wang zakat secara case by case. Kewajaran dan risiko terutamanya perbelanjaan pembangunan perlu dikaji semula dengan teliti bagi memastikan tiada pembaziran dan sebarang kerugian/pengurangan melibatkan wang zakat;

    - Menguatkuasakan ketetapan dalam prosedur operasi standard seperti pemantauan terhadap status projek/program secara berkala terutamanya kepentingan agensi mengemukakan Laporan Pelaksanaan/ Perbelanjaan Program/Aktiviti; dan

    - Mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi kehendak dan arahan seperti yang tertakluk kepada peraturan kewangan.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Jabatan Perdana Menteri

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.36 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
1020

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 353
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara